Jenis-jenis PELAJAR
Posted On Tuesday, June 23, 2009 at di 8:33:00 PM by Dinamik BandPELAJAR MASA KINI (oleh Dr. Bernice McCarthy)
Jenis-jenis pelajar merujuk kepada empat jenis pelajar:
a) Pelajar Imiginatif
b) Pelajar Analitik
c) Pelajar Praktik
d) Pelajar Dinamik
Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT
Jenis Ciri | 1.Pelajar Imiginatif | 2.Pelajar Analitik | 3.Pelajar Praktik | 4.Pelajar Dinamik |
1. Matlamat | Mencari makna dan sebab mempelajari maklumat | Mencari fakta yang menjelaskan konsep | Mencari kegunaan maklumat | Mencari sesuatu yang baru |
2. Cara Belajar | Menggunakan semua deria dan berkongsi ide | Berfikir tentang idea | Menguji teori dan menaakul | Cuba jaya dan penemuan secara sendiri |
3. Suka | Berinteraksi dengan orang lain dan berkongsi idea | Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat | Tahu bagaimana sesuatu berfungsi | Mencipta atau mengaplikasi maklumat itu dab berinteraksi dengan orang lain |
4. Kekuatan | Inovasu dan idea | Membina konsep | Mengaplikasi idea yang praktikal | Tindakan dan menyudahkan sesuatu |
5.Suka menyoal | Mengapa? | Apa dia? | Bagaimana teori atau maklumat itu dipraktikkan? | Apakah boleh dicipta oleh saya? |
6.Cara Mengajar | Gunakan benda atau pengalaman maujud. Beri peluang untuk perbincangan dan pengeluaran idea | Terangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar membuat analisis maklumat | Beri latihan, kuiz, kerja amali, eksperimen untuk pelajar mencuba dengan sendiri. | Beri projek, tugasan, atau masalah dan galakakan pelajar berkongsi hasilnya. |
Terdapat 4 jenis pelajar, kesemua jenis pelajar tersebut tidaklah mempunyai ciri-ciri atau sikap yang sama. Dalam suasana ekonomi dan sosial dunia yang semakin pesat membangun ini. Tambahan pula semakin banyak tenaga kerja yang diperlukan, jika pelajar itu hanya setakat mahir dalam satu atau dua bidang... apa mungkin ini kita mahukan??? Barangkali ianya akan menjadi berat sebelah... falsafah pendidikan negara sendiri juga mengatakan sistem pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi induvidu secara MENYELURUH dan BERSEPADU... Ini bermakna pelajar di Malaysia harus menyeluruh atau serba boleh dalam apa saja bidang... sesuai dengan maksud DINAMIK iaitu satu corak yang secocok serta sesuai dengan semua bentuk dan jenis warna. Dan apabila di istilahkan, ia bermaksud berkebolehan dalam semua bidang ( serba boleh).