Bagaimana untuk menjadi PELAJAR DINAMIK?
Posted On Tuesday, June 23, 2009 at di 8:29:00 PM by Dinamik BandPelajar adalah orang yang berinteraksi dengan ilmu dan ingin berjaya dalam hidup .
Dalam diri kita ada tujuh kecerdasan, dalam posting saya yang lalu, (Apa itu pelajar dinamik?)
kita sebernanya serta sememangnya baru sahaja menggunakan 10% daripada kuasa minda yang sebenarnya... kemana lagi perginya 90%??? jawapannya mudah...
Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan (Howard Gardner 1983):
1. Bahasa
2. Logik-matematik
3. Ruang (spatial)
4. Muzik
5. Kinestetil
6. IntErpersonal
7. IntrApersonal
Ciri-ciri Tujuh Kecerdasan
Kecerdasan | Cerdas dalam | Pekerjaan |
1. Bahasa | Menulis karangan, sajak, puisi, pantun, dan memberi ucapan. | Penulis, penyajak,, penceramah. |
2. Logik matematik | Menaakul, kiraan, membuat analisis | Saintis, jurutera, akauntan. |
3. Ruang (spatial) | Mencorak, melukis, mengukir | Pelukis, pengukir. |
4. Muzik | Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik | Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik. |
5. Kinestetik | Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan. | Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon. |
6. IntErpersonal | Perhubungan manusia | Diplomat, ahli politik, peniaga. |
7. IntrApersonal | Nilai murni, pendirian, falsafah. | Pengarang, penyajak, ahli falsafah. |
Untuk pengetahuan anda, Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p (untuk pelajar sekolah dan penuntut di univesiti)