Cara Belajar Pelajar Dinamik

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar dinamik, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar dinamik akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  1. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  2. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  3. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  4. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  5. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  6. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  7. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  9. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  11. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  12. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  13. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  14. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  15. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  16. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  17. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  18. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  19. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  20. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  21. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  22. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  23. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  24. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  25. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  26. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  27. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  28. Pelbagaikan tempat belajar.
  29. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  30. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  31. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang dinamik, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Posted in | 0 ulasan

Ciri-ciri Pelajar Dinamik

Ciri-ciri pelajar dinamik seperti berikut:
1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Posted in | 0 ulasan

Jenis-jenis PELAJAR


PELAJAR MASA KINI (oleh Dr. Bernice McCarthy)
Jenis-jenis pelajar merujuk kepada empat jenis pelajar:
a) Pelajar Imiginatif
b) Pelajar Analitik
c) Pelajar Praktik
d) Pelajar Dinamik
Gaya Pembelajaran Mengikut Sistem 4MAT
Jenis
Ciri
1.Pelajar Imiginatif
2.Pelajar Analitik
3.Pelajar Praktik
4.Pelajar Dinamik
1. Matlamat
Mencari makna dan sebab mempelajari maklumat
Mencari fakta yang menjelaskan konsep
Mencari kegunaan maklumat
Mencari sesuatu yang baru
2. Cara Belajar
Menggunakan semua deria dan berkongsi ide
Berfikir tentang idea
Menguji teori dan menaakul
Cuba jaya dan penemuan secara sendiri
3. Suka
Berinteraksi dengan orang lain dan berkongsi idea
Pendapat pakar dan menganalisis sesuatu maklumat
Tahu bagaimana sesuatu berfungsi
Mencipta atau mengaplikasi maklumat itu dab berinteraksi dengan orang lain
4. Kekuatan
Inovasu dan idea
Membina konsep
Mengaplikasi idea yang praktikal
Tindakan dan menyudahkan sesuatu
5.Suka menyoal
Mengapa?
Apa dia?
Bagaimana teori atau maklumat itu dipraktikkan?
Apakah boleh dicipta oleh saya?
6.Cara Mengajar
Gunakan benda atau pengalaman maujud. Beri peluang untuk perbincangan dan pengeluaran idea
Terangkan (guru atau pelajar) dan galakkan pelajar membuat analisis maklumat
Beri latihan, kuiz, kerja amali, eksperimen untuk pelajar mencuba dengan sendiri.
Beri projek, tugasan, atau masalah dan galakakan pelajar berkongsi hasilnya.
Terdapat 4 jenis pelajar, kesemua jenis pelajar tersebut tidaklah mempunyai ciri-ciri atau sikap yang sama. Dalam suasana ekonomi dan sosial dunia yang semakin pesat membangun ini. Tambahan pula semakin banyak tenaga kerja yang diperlukan, jika pelajar itu hanya setakat mahir dalam satu atau dua bidang... apa mungkin ini kita mahukan??? Barangkali ianya akan menjadi berat sebelah... falsafah pendidikan negara sendiri juga mengatakan sistem pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi induvidu secara MENYELURUH dan BERSEPADU... Ini bermakna pelajar di Malaysia harus menyeluruh atau serba boleh dalam apa saja bidang... sesuai dengan maksud DINAMIK iaitu satu corak yang secocok serta sesuai dengan semua bentuk dan jenis warna. Dan apabila di istilahkan, ia bermaksud berkebolehan dalam semua bidang ( serba boleh).


Posted in | 0 ulasan

Bagaimana untuk menjadi PELAJAR DINAMIK?

Pelajar adalah orang yang berinteraksi dengan ilmu dan ingin berjaya dalam hidup .
Dalam diri kita ada tujuh kecerdasan, dalam posting saya yang lalu, (Apa itu pelajar dinamik?)
kita sebernanya serta sememangnya baru sahaja menggunakan 10% daripada kuasa minda yang sebenarnya... kemana lagi perginya 90%??? jawapannya mudah...


Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu dikembangkan (Howard Gardner 1983):
1. Bahasa
2. Logik-matematik
3. Ruang (spatial)
4. Muzik
5. Kinestetil
6. IntErpersonal
7. IntrApersonal
Ciri-ciri Tujuh Kecerdasan
Kecerdasan
Cerdas dalam
Pekerjaan
1. Bahasa
Menulis karangan, sajak, puisi, pantun, dan memberi ucapan.
Penulis, penyajak,, penceramah.
2. Logik matematik
Menaakul, kiraan, membuat analisis
Saintis, jurutera, akauntan.
3. Ruang (spatial)
Mencorak, melukis, mengukir
Pelukis, pengukir.
4. Muzik
Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik
Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat muzik.
5. Kinestetik
Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan.
Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon.
6. IntErpersonal
Perhubungan manusia
Diplomat, ahli politik, peniaga.
7. IntrApersonal
Nilai murni, pendirian, falsafah.
Pengarang, penyajak, ahli falsafah.

Untuk pengetahuan anda, Tujuh kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai satu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p (untuk pelajar sekolah dan penuntut di univesiti)

Posted in | 0 ulasan

Apa itu PELAJAR & DINAMIK?


Kita belajar sejak daripada umur 2 tahun lagi. Belajar daripada persekitaran, pengalaman, kegagalan serta situasi yang kita hadapi. Namun, setelah benar-benar berhijrah ke dalam dunia pembelajaran sebenar, Kita adalah seorang PELAJAR...Belajar.....Belajar.... dan Belajar....Kita berinteraksi dengan ilmu yang luas bagaikan lautan yang sentiasa bergelora....
Pernahkah anda terfikir minda manusia mempunyai dimensi yang luas?
Tahukah Anda ? Menurut kajian ahli minda,kebanyakan manusia hanya menggunakan baru 10% daripada kemampuan mindanya. Mengapa ini terjadi,jawapannya mudah sahaja,kerana kita tidak tahu.Mengapa kita tidak tahu? Kerana kita tidak belajar.Tapi kini, macam mana dengan 90 % lagi kemampuan minda anda.Tak terniatkah anda sekalipun untuk serba boleh dalam semua bidang? Ingatlah…Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.
Pelajar adalah orang yang ingin berjaya dalam hidup….Seseorang yang menuntut ilmu untuk kebaikan sesiapa sahaja di dunia ini…Namun ingatkah anda apa yang akan anda sumbangkan didunia ini.
Ilmu yang ada terbentang luas..Tidak semua ilmu yang kita pelajari….
Sekarang ini,hanya setitik ilmu baru kita pelajari…
Pelbagaikanlah apa yang di pelajari…
Itulah DINAMIK…
Dinamik bermaksud corak yang secocok serta sesuai dengan semua bentuk dan jenis warna.Apabila di istilahkan kepada sistem pendidikan serta gaya pembelajaran, kita sebenarnya perlu dinamik (berkebolehan dalam pelbagai bidang)…Tambahan pula, Kita perlu seiring dengan teknologi dan kemajuan masa kini yang semakin pesat membangun ditambah pula dengan kemelesetan ekonomi yang berlaku pada zaman sekarang.

Posted in | 0 ulasan