Renungan Bersama 2
Posted On Wednesday, April 28, 2010 at di 4:28:00 AM by Dinamik BandLihat dengan mata fakir, fikir dengan mata hati
Matlamat yang ada pada diri akan membolehkan seseorang mencapai impian atau cita-cita yang diidamkan. Matlamat hendaklah rasional dan bersesuaian dengan keupayaan semasa diri anda.
Bekerja secara bijak yang digabungkan dengan usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang berbaloi.
Berfikiran positif merupakan satu attitude yang membolehkan anda berusaha untuk mencapai kejayaan. Kuasai fikiran anda dengan cara berfikir yang positif. Jauhi daripada merekayang berfikiran negative sekiranya anda ingin Berjaya.
Harga diri kita berkait rapat dengan usaha untuk mencapai kejayaan. Lebih tinggi kita meletakkan harga diri kita, maka kita akan meletakkan usaha yang lebih tinggi untuk mencapai kejayaan
Tidak ada orang lain yang bertanggungjawab untuk menentukan kejayaan dan kegagalan diri anda kecuali diri anda sendiri.
Kunci kejayaan diri kita terletak pada kemampuan kita untuk meneruskan perancangan dan usaha tanpa mengenal penat dan rintangan yang menghalang.
Kejayaan adalah hasil daripada usaha yang praktikal yang dilaksanakan dengan sabar dan istiqomah. Kejayaan tidak akan menjadi milik orang yang tidak sabar dan gelojoh.
Setiap hari kita berfikir, berusaha dan bekerja untuk membayar dan mengkayakan orang lain. Kita tidak berfikir, berusaha dan bekerja untuk mengkayakan diri sendiri.
Masalah akan mengejar kita saban waktu bagaikan bayang-bayang. Satu-satunya cara untuk lari daripada masalah adalah dengan akal yang rasional, bijak dan positif.