Motivasi?
Posted On Wednesday, April 28, 2010 at di 4:42:00 AM by Dinamik BandCita-cita atau tujuan hidup ini hanya bisa diraih jika Anda memiliki motivasi yang kuat dalam diri Anda. Tanpa motivasi apa pun, sulit sekali Anda menggapai apa yang Anda cita-citakan. Tapi tak dapat dimungkiri, memang cukup sulit membangun motivasi di dalam diri sendiri. Bahkan, mungkin Anda tidak tahu pasti bagaimana cara membangun motivasi di dalam diri sendiri. Padahal, sesungguhnya banyak hal yang dapat dilakukan untuk menumbuhkan motivasi tersebut. Caranya…? cuba semak senarai di bawah...
Ciptakan Sensasi
Ciptakan sesuatu yang dapat “membangunkan” dan membangkitkan gairah Anda saat pagi menjelang. Misalnya, Anda berpikir esok hari harus mendapatkan keuntungan 1 ribu ringgit. Walau kedengarannya mustahil, tapi sensasi ini kadang memang semangat Anda untuk berkarya lebih baik lagi melebihi apa yang sudah Anda lakukan kemarin.
Kembangkan Terus Tujuan Anda
Jangan pernah terpaku pada satu tujuan yang sederhana. Tujuan hidup yang terlalu sederhana membuat Anda tidak memiliki kekuatan lebih. Padahal, guna meraih sesuatu Anda memerlukan tantangan yang lebih besar untuk mengerahkan kekuatan Anda yang sebenarnya. Tujuan hidup yang besar akan membangkitkan motivasi dan kekuatan tersendiri dalam hidup Anda.
Tetapkan Saat Kematian
Anda perlu memikirkan saat kematian meskipun gejala ke arah itu tidak dapat diprediksikan. Membayangkan saat-saat terakhir dalam hidup ini sesungguhnya merupakan saat-saat yang sangat sensasional. Anda dapat membayangkan ‘flash back’ dalam kehidupan Anda. Sejak Anda menjalani masa kanak-kanak, remaja, hingga tampil sebagai pribadi yang dewasa dan mandiri. Jika Anda membayangkan ‘ajal’ Anda sudah dekat, maka akan memotivasi Anda untuk berbuat lebih banyak lagi selama hidup Anda.
Tinggalkan Teman yang Tidak Perlu
Jangan ragu untuk meninggalkan teman-teman yang tidak dapat mendorong Anda mencapai tujuan. Sebab, siapa pun teman Anda, seharusnya mampu membawa Anda pada perubahan yang lebih baik. Ketahuilah, bergaul dengan orang-orang yang optimis akan membuat Anda berpikir optimis pula. Bersama mereka, hidup ini terasa lebih menyenangkan dan penuh motivasi.
Hampiri Bayangan Ketakutan
Saat Anda dibayang-bayangi kecemasan dan ketakutan, jangan melarikan diri dari bayangan tersebut. Misalnya, selama ini Anda takut akan menghadapi masa depan yang buruk. Datang dan nikmati rasa takut Anda dengan mencoba mengatasinya. Saat Anda berhasil mengatasi rasa takut, saat itu Anda telah berhasil meningkatkan keyakinan diri bahwa Anda mampu mencapai hidup yang lebih baik.
Ucapkan “Selamat Datang” pada Setiap Masalah
Jalan untuk mencapai tujuan tidak selamanya semulus jalan tol. Suatu saat, Anda akan menghadapi jalan terjal, menanjak, dan penuh bebatuan. Jangan memutar arah untuk mengambil jalan pintas. Hadapi terus jalan tersebut dan pikirkan cara terbaik untuk bisa melewatinya. Jika Anda memandang masalah sebagai sesuatu yang mengerikan, Anda akan semakin sulit termotivasi. Sebaliknya, bila Anda selalu siap menghadapi setiap masalah, maka Anda seakan memiliki energi dan semangat berlebih untuk mencapai tujuan Anda.
Mulailah dengan Rasa Senang
Jangan pernah merasa terbebani dengan tujuan hidup Anda. Cuba nikmati hidup dan jalan yang Anda tempuh. Jika sejak awal Anda sudah merasa ‘tidak suka’, maka rasanya, motivasi hidup tidak akan pernah Anda miliki.
Berlatih dengan Keras
Tidak bisa tidak, Anda harus berlatih terus bila ingin mendapatkan hasil terbaik. Pada dasarnya, tidak ada yang tidak dapat Anda raih jika Anda terus berusaha keras. Semakin giat berlatih, semakin mudah pula mengatasi setiap kesulitan.
Kesimpulannya, motivasi adalah ’sesuatu’ yang dapat menumbuhkan semangat Anda dalam rangka mencapai tujuan. Dengan motivasi yang kuat di dalam diri sendiri, Anda akan memiliki apresiasi dan penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini. Sehingga Andapun tidak ragu lagi melangkah mencapai tujuan dan cita-cita hidup Anda..!
Renungan Bersama 2
Posted On at di 4:28:00 AM by Dinamik BandMatlamat yang ada pada diri akan membolehkan seseorang mencapai impian atau cita-cita yang diidamkan. Matlamat hendaklah rasional dan bersesuaian dengan keupayaan semasa diri anda.
Bekerja secara bijak yang digabungkan dengan usaha yang gigih akan membuahkan hasil yang berbaloi.
Berfikiran positif merupakan satu attitude yang membolehkan anda berusaha untuk mencapai kejayaan. Kuasai fikiran anda dengan cara berfikir yang positif. Jauhi daripada merekayang berfikiran negative sekiranya anda ingin Berjaya.
Harga diri kita berkait rapat dengan usaha untuk mencapai kejayaan. Lebih tinggi kita meletakkan harga diri kita, maka kita akan meletakkan usaha yang lebih tinggi untuk mencapai kejayaan
Tidak ada orang lain yang bertanggungjawab untuk menentukan kejayaan dan kegagalan diri anda kecuali diri anda sendiri.
Kunci kejayaan diri kita terletak pada kemampuan kita untuk meneruskan perancangan dan usaha tanpa mengenal penat dan rintangan yang menghalang.
Kejayaan adalah hasil daripada usaha yang praktikal yang dilaksanakan dengan sabar dan istiqomah. Kejayaan tidak akan menjadi milik orang yang tidak sabar dan gelojoh.
Setiap hari kita berfikir, berusaha dan bekerja untuk membayar dan mengkayakan orang lain. Kita tidak berfikir, berusaha dan bekerja untuk mengkayakan diri sendiri.
Masalah akan mengejar kita saban waktu bagaikan bayang-bayang. Satu-satunya cara untuk lari daripada masalah adalah dengan akal yang rasional, bijak dan positif.
5 tips untuk capai Kejayaan!
Posted On at di 4:23:00 AM by Dinamik Band1)Anggap ejekan atau sindiran sebagai satu cabaran untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik lagi,
-Contohnya,sekiranya ahli keluarga atau kawan anda mentertawakan anda apabila anda memberitahu mereka bahawa anda hendak berniaga,jadikan sindiran tersebut sebagai satu alat yang membakar semangat(burning desire)untuk anda memulakan perniagaan tersebut,percayalah mereka akan menghentikan sindiran mereka apabila melihat anda berjaya dalam perniagaan anda
2)Sentiasa berfikiran postif
-Jika anda selalu membaca buku motivasi atau melayari blog2 yang berkaitan dengan motivasi/self-improvement,anda akan berjumpa dengan tips ini,”positive mindset”Hal ini kerana,sekiranya kita hendak melakukan sesuatu sama ada ingin berjaya dalam perniagaan ,pekerjaan mahupun pelajaran,kita perlu setkan dahulu minda kita ke landasan yang betul cthnya “Aku ialah seorang usahawan,/pekerja/pelajar yang berjaya dalam hidup aku dan aku akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam hidup ini,aku ialah seorang yang cemerlang”,ucapkanlah kata2 ini selalu dan anda akan melihat perubahan dalam hidup anda.Insya-Allah
3)Fokus
-Di dalam memulakan sesuatu perkara kita mestilah sentiasa fokus 100 % terhadap perkara tersebut sahaja kerana minda kita hanya boleh fokus kepada satu perkara dalam sesuatu masa,jadi sentiasalah fokus dalam usaha meningkatkan kecemerlangan terhadap pekerjaan/perniagaan atau pelajaran anda.
4)Kaizen
-Satu budaya yang diamalkan oleh orang Jepun iaitu peningkatan secara berterusan,contohnya hari ni anda letak 1% usaha dalam mencapai kejayaan,esoknya anda tambahkan lagi 1% sehinggalah anda mencapai 100% dalam usaha mencapai kejayaan dalam hidup anda. Carilah ilmu-ilmu tambahan dalam usaha anda mencapai kejayaan,cara yang paling mudah ialah banyakkan membaca buku-buku yang berkaitan dengan bidang anda.(orang yang berjaya biasanya gemar membaca betul kan? )
5)Sabar
-Anda harus sedar bahawa kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan sekelip mata sahaja,contohnya jika anda hendak menjadi jutawan,adakah ianya akan berlaku dalam tempoh semalaman sahaja?mustahil bukan,oleh itu,anda perlulah sentiasa bersabar daalam usaha anda hendak mencapai kejayaan.
Renungan Bersama 1
Posted On at di 4:17:00 AM by Dinamik Band1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....
Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab, "Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya". Imam
Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat
dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahwa
setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)
Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua....
"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab
"Negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi
yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita
tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini
dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran
Agama.
Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah, "Gunung,
bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang
paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179).
Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa
kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang
menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali,
tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"...
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan
Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat
kita meninggalkan sholat.
Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"...
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
RENUNG-RENUNGLAH...